Isnin, 11 Jun 2012

manusia akhir zaman

Assalamualaikum wbt

Sesungguhnya aku terpanggil untuk membuat coretan mengenai nilai kemanusiaan....Manusia golongan akhir zaman sekarang ni aku lihat dah macam tak da sifat keperikemanusiaan....sanggup membunuh sana sini...
Yang paling aku tak dapat terima kalau kanak2 atau bayi dan orang tua yang dibunuh
Sesungguhnya dalam perang sekalipun....nyawa orang tua2...kanak2 dan wanita itu haruslah dibiarkan hidup atau dalam bahas inggerisnya (spare)....itu boleh dikira satu law dalam peperangan...tapi kehidupan sekarang walau pun tak berperang....nyawa orang senang2 jea manusia sekarang nak gadaikan...

Kes rogol dan liwat budak perempuan yang berumur masih 3-4 tahun pun sanggup orang2 yang kejam ni lakukan.... kemana perginya nilai2 sosial manusia?kemana perginya akidah kita semua? Sedangkan benda yang berlaku ni bukan saja pada orang yang bukan beragama Islam...tetapi orang ynag beragama Islam seperti berpesta dengan segala pembunuhan dan kesesatan....Apa sudah jadi?

Tiada langsung kah perasaan kasihan di dalam diri kita ini untuk melakukan perkara sebegini pada mereka?
Kalau benda ini terjadi pada anak mereka...adik...ibu bapa mereka..apa yang mereka buat?Tidakkah mereka tahu apa yang mereka lakukan itu suatu dosa dan hidup ini seperti roda...benda ni akan berpatah balik kepada anda....Fikir2kan la...



kanak2 sudan yang kelaparan menunggu masa ajalnya


Cuba kita lihat gambar di atas?apakah perasaan anda melihat gambar kanak2 yang sedang kelaparan...sehingga tidak lada tenaga lagi baginya untuk merangkak ke kem untuk meminta makanan?
tidakkah anda berasa kasihan dan sedih melihat keadaannya?
sempat lagi orang mengambil gambar ini....bukannya dia mahu membantu kanak2 tersebut....sudah nampak tolong la....bukannya susah untuk menolong orang....boleh pula dia bazirkan masa untuk menangkap gambar kanak2 tersebut... Aku berasa sungguh sakit hati melihat manusia2 yang kejam ini
bukan salah kanak2 itu atau manusia di situ kehidupan mereka yang daif...kasihanilah mereka bantula mereka....jika aku ada kat sana...dah lama dah aku dukung kanak2 tu...bagi dia makanan dan jaga dia....
mungkin ramai akan cakap...ala cakap senangla...nak bantu la apa la...aku bukan jenis yang sanggup melihat kanak2 yang merana sebegini disebabkan manusia2 yang kejam
dan memang lahir dari hati aku ni ingin membantu mereka...tapi apakan daya...aku hanya mampu berdoa dan kalau aku nak bersedekah sekalipun tak perlu aku nyatakan di sini....
Niat aku adalah untuk menyedarkan manusia semua...sungguh sedih melihat keadaan di atas....

bantulah sesama manusia....bairpun mereka bukanlah sebangsa...seagama dengan kita....tapi jangan la kedekut untuk menghulurkan bantuan....sedangkan Allah pun tidak menghadkan bantuan apa pun yang kita nak berikan kepada mereka kecuali melibatkan hal2 agama mereka....itu dilarang sama sekali

Jadi marilah sama2 kita pikirkan...bagaimana untuk mengubah manusia supaya tidak kejam seperti sekarang....sesungguhnya aku tidak sanggup melihat kanak2 di dera...warga tua diseksa....sebab setiap kali aku melihat aku terasa seperti aku terpandang ibu bapa ku dan anak aku... :(

credit gambar di atas ialah hasil dari photographer kevin carter....  http://en.wikipedia.org/wiki/Kevin_Carter






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan